Saturday, January 26, 2013

Dato' Anas Ahmad Zakie Behadapan Hukuman Jika Sabit Kesalahan Menipu


PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH KINI BERHADAPAN DENGAN HUKUMAN JIKA SABIT PENIPUAN !

Dato Anas berhadapan dengan hukuman
kerja berat selama 3 tahun jika sabit penipuan.
YB Dato’ Anas Bin Ahmad Zakie Pensihat Undang-Undang Negeri Kedah kini berhadapan dengan beberapa dakwaan yang disabitkan kepada beberapa kes penipuan, terbaru dalam kes Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Beberapa maklumat berkaitan sedang dikemaskini untuk sabitan kes.

Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza', dari Akramah katanya: Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali:Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk. Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda:Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab: Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah. - H.R Bukhari.

Pihak Madrasah Salihiah juga sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak berwajib mengenai status lot 2408 bagi membina sebuah Masjid  dengan kadar segera sebagai mana yang telah dipersetujui oleh pihak telibat namun masih gagal.

Telah dinyatakan didalam dokumen perjanjian yang melibatkan pihak Istana sebagai kaedah penyelesaian permasalahan terbaik yang berkaitan dengan hukum dan kaedah dalam Agama Islam, pihak terbabit telah bersetuju untuk menunaikan janji mereka menyiapkan sebuah Masjid di lot tersebut dengan kadar segera.

Apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penipuan dalam menyelesaikan kes ini atau ada masalah sesama mereka dalam kerajaan negeri bagi menunaikan janji ?

Sama-sama kita tunggu selepas ini.


Friday, January 25, 2013

Majlis Tahlil Sempena Maulid Nabi


24 Jan 2013
12 Rabiul Awal 1434


Bagunan Madrasah Solihiah (Sementara).
Atas Perkenan dan daya usaha serta keperihatinan KDYMM YDP Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah Sultan Negeri Kedah dengan titah baginda yang berjiwa rakyat, satu perentah  membina sebuah Masjid yang lengkap & sempurna untuk kebajikan muslimin & muslimat serta masyarakat keseluruhannya telah dikeluarkan. Sementara menantikan proses pengambilan tanah bersebelahan selesai dan terzahirlah sebagai mana yang telah dititahkan baginda, bagunan serbaguna masyarakat kampung di Jalan Lumpur digunakan sementara waktu sebagai tempat beribadah seara berjama'ah oleh anak khariah.

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku Berdua, Amin... Amin... Ya'Rabbal'alamin.










Thursday, January 24, 2013

DOKUMEN KUNING "AMANAH' PIHAK ISTANA


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -" (Al-Qalam 68:1)

"Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana)." (Al-Qalam 68:2) 

"Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan "bagi menjalankan ajaran Islam);" (Al-Qalam 68:3)

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Al-Qalam 68:4)

"Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -" (Al-Qalam 68:5)

"Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua." (Al-Qalam 68:6)


"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Qalam 68:7) 

Tuesday, January 22, 2013

TITAH PERENTAH ATAU PERJANJIAN SYAITAN


"Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua." (Al-Qalam 68:6)


Sesungguhnya Tuhanmu,
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat petunjuk.
(Al-Qalam 68:7)

Oleh itu
(berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan)
janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang
yang mendustakan (agama Allah).
(Al-Qalam 68:8)

MADRASAH SOLIHIAH TERTIPU LAGI...


Puaslah Hati ehhh ?!!....